Monday 11 January 2016

Rumah Lelong: Tidak Perlu Kepada Ejen Jika Maklumat Penting Diperolehi

Rumah Lelong: Tidak Perlu Kepada Ejen Jika Maklumat Penting Diperolehi

Jika kita melihat iklan dalam internet seperti laman Mudah.My, Guruproperity, Trovit Home dan bermacam iklan lain sudah pasti iklan hartanah lelong tersebut telah dimasukkan oleh ejen bebas yang mengambil komisen 1 % dari jumlah bidaan. Jika harga hartanah lelong di bawah RM 100,000.00 maka ejen akan tetap ambil sebanyak RM 1000.00 biarpun rumah atau flat tersebut cuma berharga RM 30 000.00 sahaja. Jika rumah lelong itu berjaya dibeli dengan RM 200 000.00 maka ejen akan minta sebanyak RM 2000.00 sebagai upah merekomenkan rumah lelong tersebut.

Jadi - bagaimana untuk mengelakkan dari menggunakan ejen dalam membeli rumah lelong di mahkamah tinggi atau tempat lelongan swasta di mana-mana hotel.

1. Ada maklumat penting dari notis lelongan yang diperolehi di papan notis mahkamah. Biasanya peguam hartanah akan berebut merakam notis lelongan untuk tujuan perkhidmatan mereka. Biasanya peguam akan kenakan bayaran bagi setiap maklumat yang diingini pembida atau ejen. Kebanyakan peguam hartanah akan menggunakan khidmat ejen bagi mendapatkan pelanggan. Jadi ejen dan peguam akan mencari keuntungan dari bayaran pelanggan yang ingin membida rumah lelong. Biasalah ini adalah rezeki bidang mereka.
2. Tanya orang yang pernah membeli hartanah lelong tanpa menggunakan khidmat ejen.
3. Fahami dahulu urusan jual beli secara lelongan dengan membaca di laman internet pengalaman membeli rumah lelong oleh mana-mana individu.
4. Bersedia ke Bilik Lelong, Mahkamah Tinggi atau Tempat Lelongan terbuka di mana-mana hotel.


(Hakcipta tulisan ini adalah hak milik penulis blog. Dilarang menyunting untuk dimasukkan ke mana-mana penerbitan bagi tujuan komersial)



No comments:

Post a Comment