Monday 11 January 2016

Rumah Lelong: Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Pembelian

Rumah Lelong: Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Pembelian 

1. Perlu mendapatkan iklan notis lelongan bagi mendapatkan maklumat hartanah yang ingin dilelong.
2. Mempunyai wang tunai yang mencukupi bagi tujuan membeli bank deraf atas nama Bank yang mempunyai hak milik lelongan sebanyak 10 % dari harga rizab yang diletakkan. Contohnya jika harga rumah 
RM 120 000.00  maka sebanyak RM 12,000.00 perlu didepositkan atas nama bank yang melelong hartanah tersebut. 
3. Meninjau rumah yang dinyatakan dalam notis lelongan bagi melihat sendiri kedudukan, kos baikpulih jika ditinggalkan begitu lama atau jika masih berpenghuni.
4. Melakukan carian di Pejabat Tanah mengikut daerah atau ke Komtar (Tingkat 16) jika di Pulau Pinang bagi melakukan e-carian dengan bayaran RM 30.00.
5. E-carian perlu bagi menyemak status hartanah untuk menggelakkan terkena hartanah yang ada sekatan dari pihak tertentu. Ia boleh difahami melalui keterangan dalam sejarah dalam geran e-carian.
6. Menyemak tunggakan hartanah lelong di Majlis Bandaran untuk cukai pintu, Pejabat Tanah untuk cukai tanah tahunan dan tunggakan mantainance jika melibatkan rumah atau flat yang ada pejabat penyelenggaraan.
7. Bil letrik dan bil air biasanya sedikit kerana pihak PBA dan TNB akan melakukan pemotongan bil jika tidak dibayar setelah melebihi deposit yang sedia ada.
8. Banyakkan bertanya jiran-jiran berdekatan hartanah yang dilelong untuk mendapatkan maklumat yang membantu dalam pembelian.

Bersambung (Hakcipta terpelihara)
    

No comments:

Post a Comment