Sunday 10 January 2016

Rumah Lelong: Risiko & Perkara Perlu Dihindari

Salam Mesra,


Dalam merancang pembelian rumah lelong, beberapa aspek perlu diutamakan bagi mengelakkan anda terjerumus dalam kerugian. Antara faktor yang perlu diambil kira ialah:

1. Membuat e-carian di Pejabat Tanah mengikut lokasi atau terus ke Pejabat Utama Komtar jika anda adalah penduduk negeri Pulau Pinang bagi tujuan mengetahui sekatan yang ada dalam geran.

2. Menyelidiki hartanah sehinga puas hati dengan menilai harga pasaran, kos baik pulih dan ketenteraman lokasi.

3. Bertanya kepada pihak bank lokasi yang anda ingin beli agar pihak bank boleh membiayai pembelian hartanah tersebut serta kelayakan pinjaman anda. Anda akan beruntung jika bekerja dengan kerajaan kerana pinjaman sudah pasti akan lulus cuma perlu semak tahap keupayaan pinjaman anda serta takut tersenarai hitam akibat kad kredit.

4. Elakkan menggunakan ejen untuk membida rumah lelong kerana anda akan membayar 1 % peratus dari nilai bidaan. Katakanlah anda berjaya bida sebuah rumah dengan harga RM 160 000.00. Maka anda perlu membayar RM 1600 kepada ejen yang merekomenkan rumah tersebut.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment