Monday 11 January 2016

Rumah Lelong: Sebaik Menang Bidaan - Bank Mana Perlu Dipilih

Salam Mesra,

Kebiasaan sebaik jam 9.30 pagi peti untuk dimasukan bank deraf 10 % dari harga rizab di Bilik Lelong Mahkamah Tinggi setiap negeri akan tamat. Pembida akan berehat sekejap menantikan jam 10.30 pagi akan bermula lelongan. Prosedur Mahkamah Tinggi agak  ketat jika dibandingkan dengan lelongan terbuka yang dikendalikan agensi swasta oleh syarikat lelongan berlesen. 

Kita perlu berada di ruang legar luar Bilik Lelongan bagi menantikan nama kita dipanggil oleh pegawai mahkamah. Jika ramai pembida kita perlu bersaing dan kita perlu tetapkan harga yang mampu kita lawan. Perlu diingat ramai pembida adalah orang yang cari makan dengan minta sedikit wang agar mereka tidak melawan bidaan. Golongan pembida palsu akan ada. Mereka cukup arif tentang bidaan, serta ramah bertanya dengan harapan pembida yang betul-betul berminat dengan hartanah lelong akan sanggup membaya mereka bagi tujuan mereka akan senyap kita bidaan. Maksud mereka tidak angkat nombor yang diberikan.

Tahniah, anda tiba-tiba menang bidaan kerana tiada pembida lain. Ini adalah detik paling manis. Tambahan pula hartanah itu sangat kita perlukan kerana beberapa sebab. Mungkin rumah itu dekat dengan tempat kerja kita atau harganya mampu dibayar dengan jumlah yang sedikit. Kita sangat gembira dengan rezeki ini.

Bank mana yang perlu dipilih. Pastinya yang paling rendah kadar interesnya. Cadangan saya kita mohon dan kemukakan dokumen pinjaman perumahan kepada beberapa buah bank. Setelah mendapat kelulusan kita akan diberikan surat tawaran pinjaman perumahan oleh bank. Kita bandingkan antara bank tersebut. Carilah yang terbaik dengan pilihan kita...

No comments:

Post a Comment