Saturday 9 January 2016

Rumah Lelong: Bayaran Guaman Untuk Rumah Lelong Yang Berjaya

Salam Mesra,

Pengalaman saya membeli rumah lelong sangat mengujakan. Saya beruntung kerana rumah lelong yang berjaya dibida agak murah jika dibandingkan dengan harga semasa. Bila saya bertanyakan jiran, rata-rata mengatakan harga rumah yang saya beli tersebut adalah terlalu murah. Bayangkan harga saya beli adalah separuh lebih murah dari harga semasa. Rumah teres dua tingkat berhampiran pusat bandar Bukit Mertajam dalam tahun 2015 mungkin tidak diperolehi dengan pembelian biasa dengan harga di bawah RM 150k. 
Tetapi inilah hakikat kuasa rumah lelong jika rajin dan peka dengan iklan dan peluang tersedia.
              Rumah lelong biasanya tertanam di minda semua perlu dibayar tunai. Sebenarnya pihak bank berebut menawarkan pinjaman pembelian rumah lelong jika harga berjaya dibida pembeli jauh lebih murah dari pasaran. Ini kerana jika pembeli gagal membayar balik pinjaman, pihak bank ada kuasa melelong pada tahap harga yang boleh menguntungkan jika berada di kawasan yang mempunyai nilai tinggi.
                   Jika anda membayar harga rumah lelong yang berjaya dibida secara tunai maka anda akan beruntung kerana tidak perlu membayar kos guaman untuk proses pembiayaan dari pihak bank. Anda mungkin untung sekitar RM 3000-RM 4000 ribu untuk kos pengurusan pembiayaan dari pihak bank yang dikenakan panel guaman bank yang memberikan pinjaman.
                      Jika anda membeli rumah lelong dengan cara memohon pinjaman dari bank anda terpaksa menangung kos guaman untuk dua perkara;
1. Pembiayaan pinjaman dari pihak bank (RM 3000-RM 4000 ribu)
2. Pengurusan urusan pindah milik hartanah yang berjaya dibida (RM 3000-RM 4000 ribu)

Maka hampir 7 atau 8 ribu perlu dihabiskan untuk kos guaman pembelian rumah lelong jika menggunakan pinjaman dari bank. Walaubagaimanapun, jika anda berjaya memilih syarikat guaman yang tertentu - mungkin kos tersebut akan kurang sedikit dalam lingkungan RM 6000-RM 7000 ribu. Bergantung kepada anda memilih syarikat guaman.

Sesetengah bank telah memberikan kepada pemohon yang berjaya beberapa pilihan syarikat guaman untuk dipilih. Pengalaman saya dahulu, saya berulangkali menghubungi penguam yang menguruskan proses pembiayaan dari bank dan proses pindah milik agar dia sentiasa ingat dan mempercepatkan urusan pembelian rumah lelong saya.

Bersambung...

(Hak Cipta Penulisan Terpelihara)


2 comments:

  1. salam...boleh share peguam yang anda guna..saya baru memenangi rumah lelong..nk mintak contact peguam yg boleh buat kerja cepat since saya cuma ada masa 90hari untuk clearkan baki pinjaman saya...terima kasih..
    email saya: nisha7681@yahoo.com

    ReplyDelete