Sunday 10 January 2016

Rumah Lelong: Jangan Takut Tunggakan Bil Air dan Elektrik

Salam Mesra,

Buat para perancang yang ingin membida rumah lelong, anda jangan bimbang kos bekalan air paip dan elektrik.Ini kerana bil air biasanya tidak melebihi deposit yang dibayar pemilik asal kerana jika berlebihan - maka pihak PBA (Pusat Bekalan Air) akan memotong bekalan air paip. Biasa deposit air dalam RM 100.00 sahaja. Pembida yang berjaya membeli rumah lelong boleh mendaftar baru dengan membawa dokumen POS dan dokumen perjanjian pinjaman bank yang membiaya serta salinan kad pengenalan bagi pengguna negeri Pulau Pinang. Pengalaman saya cukup mudah untuk urusan penyambungan bekalan air paip kepada rumah lelong yang dibeli.
Bagi bil elektrik pun sama. TNB bagi negei Pulau Pinang juga akan memotong bekalan letrik jika pengguna tidak membayar jika melebihi deposit. Maka kita cuma mengorbankan dalam RM 300 untuk tunggakan bekalan air dan letrik jika tiada perkara lain yang sukar diduga seperti saman terhadap penyalahgunaan meter oleh pengguna atau pemilik asal.


No comments:

Post a Comment